Assalamualaikum semua.
Hari ini 04/01/2015, teringin nak create blog, so Ezah cubalah buat.
So inilah hasilnya kot. Tak mungkin akan diupdate selalu sebab agak busy
dengan kerja seharian..
So masa lapang je Ezah akan update blog ini.
Tak ada spekifikasi yang khusus untuk dikongsi, apa sahaja yang terlintas untuk
dikongsi akan Ezah coretkan di sini.
Buat permulaan ini,Ezah rasa tak ada yang istimewa..
Biasa biasa saja.
Hari Sabtu & Ahad Ezah memang cuti.
Bahasa yang akan diguna pakai juga mesti akan bercampur aduk...
Kalau teringin nak berbicara dalam bahasa Inggeris, Ezah akan gunakan.
Jadi harapan Ezah anda semua dapat memaafkan andai Ezah berbahasa rojak sekali sekala ye.
Banyak lagi yang perlu Ezah pelajari untuk jadikan blog ni menarik minat anda mengikutinya
walau ianya sekadar cerita seharian Ezah..Gambar pun tak tau lagi macamana nak upload.
Mungkin kena belajar dengan blogger-blogger otai kot..
Sapa yang sudi nak ajar Ezah????
Cukup dahulu ...nanti akan diupdate lagi jika punya cerita yang menarik...
Ezah,040115