Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lamanya tak berupdate blog ni.
Macam puan blog ( PB ) kata, kalau ada cerita menarik baru kita kongsi cerita.
Tiba-tiba PB nak kongsi cerita pasal jodoh.
Sebenarnya jodoh tu datang daripada Allah SWT. Kita sebagai hambaNYA berusaha untuk
mencari jodoh yang sesuai bagi diri kita. Tidak dinafikan dalam hati masing-masing inginkan jodoh yang terbaik buat diri kita. Kalau kita bertemu dengan orang yang kita suka dan minat, kita berharap itulah jodoh kita.
Macam PB masa belum berkahwin dulu..bila jumpa dengan lelaki yang PB suka..berharap itulah jodoh dia. Tapi sebenarnya tidak semua yang kita suka dan mahu, Allah berikan. DIA ada perancangan yang terbaik untuk hambaNYA, yang hambaNYA tak tahu.
Suka gila macamana pun, kalau bukan jodoh kita, memang tak dapat punya.Betul tak?
Apa kriteria kita bila memilih suami atau isteri dalam Islam? Yang PB tahu, ada empat kiriteria ye. Yang pertama kecantikan, yang kedua keturunan, yang ketiga, harta dan keempat agamanya. Pilihlah yang keempat (agamanya) yang utama. Kerana kecantikan akan hilang bersama meningkatnya usia, keturunan yang baik menjamin kesinambungan zuriat kita agar bahagia dunia akhirat. harta dunia tak akan kekal dan akan habis juga. Agama yang baik akan menjamin kita hidup bahagia di dunia dan inshaaAllah ke syurgaNYA. Kalau anda ada maklumat yang boleh kita share, sila share ye. Mungkin PB bukan orang yang arif pasal hal ini. Sila rujuk ke yang ahli ye, Ini sekadar penegetahuan PB saje.
Kenapa ye tiba-tiba PB nak cerita pasal ni? Sebenarnya semalam ada kenalan lama PB update gambar terbaru beliau, Dah hampir 20 tahun kami tak jumpa secara realiti. Jumpa di laman sosial je, Itupun tak berbual pun. Memang sungguh berubah rupa beliau.Orang dah berumur sama macam PB juga. Beliau pernah mendapat tempat dihati ini (i think this guy also know about that), tapi dia bertemu jodoh dengan orang lain. PB attend majlis perkahwinan beliau tau...Yang ingin PB kongsi kat sini sebenarnya betapa jika kita jatuh hati pada kecantikkan semata , ianya tak akan kekal lama..Kecantikkan akan luntur seiring peredaran masa. PB suka kat dia sebab dia handsome sangat pada pandangan mata ni masa tu. Keterlaluan PB ni ye.. tapi itu yang benar.
Sekarang ni PB rasa amat beruntung kerana dikurniakan ALLAH seorang suami yang begitu baik.
Allah lambatkan jodoh PB kerana DIA tahu PB belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri di usia bawah 40an. PB berkahwin pada usia 41 tahun. Agak lewatkan?
Suami juga, Allah berikan suami PB pengajaran untuk menjadi seorang manusia, yang sebelum ini leka dengan nikmat dunia, Suami PB bersyukur sebelum berkahwin dia diberikan ujian yang berat. Sekarang ini beliau cuba menjadi suami yang membahagiakan isteri. Tidak memikirkan hal dunia sangat sekadar cukup untuk hidup , sekarang ini dia kata fikir tentang akhirat je. InshaaAllah. Aamiin.
Buat mana-mana teman pembaca yang belum lagi berkahwin, berusahalah cari jodoh anda. Mungkin dia ada tak jauh dari anda. Sebelah anda je kot? ALLAH nak beri anda insan yang terbaik.Bukankah setiap daripada kita ada pasangannya? Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Mungkin belum bertemu Adam dan Hawa yang sesuai. InshaaAllah.
Panjang juga PB menulis hari ni. Jumpa lagi di lain kali ye.
Segala yang baik datang daripadaNYA, yang buruk daripada PB.
Assalamualaikum dan salam sayang semua.
EZAH.230315.
Sunday, 22 March 2015
Sunday, 4 January 2015
SALAM PERKENALAN 2015
Assalamualaikum semua.
Hari ini 04/01/2015, teringin nak create blog, so Ezah cubalah buat.
So inilah hasilnya kot. Tak mungkin akan diupdate selalu sebab agak busy
dengan kerja seharian..
So masa lapang je Ezah akan update blog ini.
Tak ada spekifikasi yang khusus untuk dikongsi, apa sahaja yang terlintas untuk
dikongsi akan Ezah coretkan di sini.
Buat permulaan ini,Ezah rasa tak ada yang istimewa..
Biasa biasa saja.
Hari Sabtu & Ahad Ezah memang cuti.
Bahasa yang akan diguna pakai juga mesti akan bercampur aduk...
Kalau teringin nak berbicara dalam bahasa Inggeris, Ezah akan gunakan.
Jadi harapan Ezah anda semua dapat memaafkan andai Ezah berbahasa rojak sekali sekala ye.
Banyak lagi yang perlu Ezah pelajari untuk jadikan blog ni menarik minat anda mengikutinya
walau ianya sekadar cerita seharian Ezah..Gambar pun tak tau lagi macamana nak upload.
Mungkin kena belajar dengan blogger-blogger otai kot..
Sapa yang sudi nak ajar Ezah????
Cukup dahulu ...nanti akan diupdate lagi jika punya cerita yang menarik...
Ezah,040115

Subscribe to:
Posts (Atom)